•03:35
"Cuba kamu tengok pada langit...kamu nampak apa?" ,bersuara seorang guru kelas fardhu ain di Kem Tentera 4 Melayu, Taiping. Salah sebuah berek lama dua tingkat dijadikan kelas fardhu ain untuk anak anak petugas tentera di kem tersebut.Dalam tahun 1972
"Awan....", ramai -ramai anak -anak tersebut bersuara. Saya ada bersama, berumur 5 tahun ketika itu.
'Nampak burung, ustazah",jawab seorang lagi pelajar perempuan , malu-malu atau bimbang samada pandangannya boleh diterima atau tidak
"Baik, lagi nampak apa?"
Dia mengurut-ngurut dadanya tanda lega jawapan nya betul.
"Ustazah ,kapalterbang jet dengan ekor asap, viuinggg!", menyembur liur dengan aksi seolah-olah jet terbang.
"Ya..betul! Semua jawapan tadi betul. Sekarang ustazah nak bertanya. Siapa yang mencipta langit? Siapa cipta burung, awan dan izinkan kapalterbang terbang laju dan tinggi!"
'Allah....", kami menjawap ramai -ramai.
Sebelum kami disoal, ustazah ada menerangkan tentang ilmu tauhid. Bahawa setiap kejadian langit dan bumi Allah yang cipta. Dan kami kanak-kanak suci bersih menerimanya dengan senang hati.Sebab itu bila disoal ianya seperti diprogramkan,bagai diacuan fitrah, boleh terus menjawab tanpa sebarang dakwa dakwi.
Ianya bagaikan irama yang tidak mampu dipisahkan dengan lagu dan tidak ada seorangpun dari kami yang bertanya seperti anak-anak zaman milinium. Anak-anak generasi Y dan Z.
Allah itu macamana.Kata allah bukan kecil bukan besar dan tidak ada yang menyamai Allah, jadi macamana nak tahu Allah ada.
Allah itu jika ada ,rumah dia di mana.
Maka saya teruja dengan suatu rancangan pendidikan kanak-kanak yang berorientasikan konsep bercerita baru-baru ini. Hosnya ialah Al Fadhil Ustaz Hassan Din Al Hafiz sebagai Atok. Di dalam salah satu slot tersebut Atok memberitahu,
"Allah itu ada ,kita beriman Allah itu ada, tetapi kita tidak nampak Nya"
Maka Atok mengambil selembar kertas dan mengipasnya ke arah anak-anak rancangan tersebut.
"Ada rasa angin tak? Nampak tak angin tadi yang atok kipas"
Jawapnya tentu ada namun bentuk angin itu tidak kelihatan.
Atok menambah lagi ,"Air yang cucu-cucu minum terasa manis, masam, tapi nampak tak di mana manis dan di mana masam?"
Cantik sekali analogi yang diterang oleh Atok, saya juga terpukau dengan penerangan penuh bijak berilmiah itu
"Begitulah perumpamaan bahawa Allah itu wujud namun kita yang tidak boleh melihat Allah harus beriman bahawasanya Allah itu sentiasa mengawasi kita. Allah mentadbir alam maya dari sekecil -kecil perkara sehinggakan kepada sebesar-besar penciptaan. Maka dijanjikan atas iman yang kita sempurnakan di dunia ini,penghormatan dan kurniaan yang paling tinggi yang bakal kita kecapi adalah dapat melihat wajah Allah di Akhirat nanti." Atok menerangkan penuh yakin diterima juga oleh kanak-kanak slot rancangan tersebut penuh bahagia kelihatannya.
Flashback di kelas fardhu ain tahun 1972
"Jadi jika kamu buat perkara baik Allah pasti melihat. Buat jahat , mencuri duit ayah emak, menipu Allah pasti tahu juga kerana.....kerana Allah melihat kita dan tahu segala apapun yang sedang kita lakukan. Kita ,manusia memang tidak boleh nampak Allah, Allah saja yang nampak kita.
Di sofa depan televisyen petang itu, saya menonton sebuah drama hitam putih ketika itu. Para pelakonnya dengan berbagai aksi lakonan berbuat itu dan ini, seolah -olah tidak nampak saya. Saya yang terpaku memerhatikan lakonan mereka boleh menyaksikan dan memerhatikan segala tindak tanduk mereka.Budak di dalam drama mencuri duit tabungnya saya nampak.DIa menipu ibunya juga saya tahu,dan dia sama sekali tidak nampak saya. Saya faham sudah!
"Mak, kakak dah faham!"
"Baru kakak faham...rupanya kita ini Allah!" Puas sungguh kerana sudah menemukan jawapan siapa itu Allah.
"Hish, apa kakak mengarut ni ."
Marahnya mak masa tu.
"Ustazah beritahu Allah itu boleh melihat dan manusia tidak boleh melihat Allah. Samakan orang dalam tv tu tak boleh nampak kita tapi kita boleh nampak apa yang mereka buat. Jadi betullah kakak kata kita ni lah Allah"
Masyallah, ke situ pula fahaman si anak usia 5 tahun . Saya tidak ingat apa yang mak jelaskan selepas itu tetapi alhamdullillah ianya sekadar memori silam. Alhamdullillah saya tidak terus dihinggapi kefahaman yang berbentuk jump into conclusion seperti itu selepas-selepasnya.
Anak kecil fitrahnya bersih, tetapi adakala mampu memberikan kejutan demi kejutan atas lontaran buah fikiran mereka yang tidak tercapai oleh akal.
"Adik Ain selalu fikir, kreatifnya Allah ya ibu," kata anak seorang sahabat saya.
"Kenapa Adik Ain cakap macam tu. Ibu tak faham"
"Cuba ibu fikir , macamana adik ain tak kata Allah tu kreatif, macam-macam penyakit yang Allah cipta. Wan tu Allah beri sakit lutut , maktok sakit pinggang, ha ibu sakit lahirkan baby. Mestilah Allah tu kreatifkan"
Masyallah anak. Bersangka baiknya engkau terhadap Allah,
Terharu dengan kasih sayang Allah .
Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).
Betapa jiwa ini mengakui bahawasanya Engkau Ya Allah, tuhan yang Maha Pencipta. Maha kreatif
itu sifat yang selayaknya bagiMu. Dan kami berserah diri.
0 comments: