•19:33
Saya merenung jauh ke kolam renang yang menghias Hotel Primula Bay ,Kuala Trengganu yang agak luas. Kelihatannya kolam dewasa diasingkan dari kolam kanak-kanak.
Sambil mendukung Nabila ketika itu berusia beberapa bulan dan memimpin Nadia yang baru mengatur langkah menuju ke kolam kanak-kanak.
Ada pandangan menarik dari jauh. Kelihatan dua beradik perempuan comel sedang gembira melempiaskan air sesama sendiri. Saya amat -amat berkenan dengan pakaian yang dipakai mereka. Ya lah zaman itu manalah ada muslimah swimsuit atau pakaian yang agak sempurna walau untuk riadah kolam renang. Kreatif baju anak anak itu dijahit seperti 'overall', dizip depan. Siap bersambung dengan tudung dari kain kapas berbunga. Manisnya
"Raihan, Hawa siapa jahit ni?"
"Ummi",jawab mereka serentak
Kreatifnya sahabat saya,ibu anak-anak itu ,dalam suasana sebegitu sudah memikirkan pakaian anak-anak sempurna menutup aurat, tanpa adanya kain jenis lycra dan spandex lycra
.Kami mengikut suami masing -masing yang kebetulan dalam jabatan yang sama, berkhidmat luar daerah. Hawa dan Raihan saya kira baru berumur 7 dan 8 tahun jika tidak silap. Hubungan yang agak rapat dengan ummi anak-anak itu bermula apabila dalam masa yang sama saya dijemput menghadiri usrah yang dibawa oleh ummi Hawa dan Raihan.
Meninggalkan mereka sebentar untuk mendaftar nama bilik bagi mendapatkan tuala, saya terpandang petugas kolam renang itu melambai-lambai Hawa dan Raihan. Apabila saya mendekati kolam, kelihatan Hawa mencapai tangan adiknya Raihan setelah petugas itu berkata-kata kepada mereka . Mereka berlari-lari anak meninggalkan kolam tersebut tiba-tiba.
"Hawa! Raihan! pergi mana tu"
Mereka menoleh tapi terus berlari ke bilik.
Apa agaknya yang telah diperkatakan petugas tadi. Agak kesal kerana kegembiraan mereka tadinya memercikkan air menguja Nadia dan Nabila sama.
Setelah puas anak anak bermain air, sesampai di bilik saya mendail 'room to room'. Menelefon ummi mereka
"Kak Ida , Raihan dan Hawa elok tadi mandi kat kolam, tiba-tiba lari ke bilik kenapa? Macam nak menangis Hawa tarik tangan adiknya"
"Ha sampai bilik memang nangispun. Petugas tu ugut dia. Apalah cakapnya kalau setakat beritahu takpe, ini diugutnya budak-budak tu.Dia kata mana boleh mandi pakai pakaian macam tu, sini kena pakai pakaian renang. Kalau terus mandi dia akan buat repot dan no bilikpun dimintanya, Takutlah budak-budak ni."
"Oh patut la..kesian Hawa Raihan..."
"Yang akak geram tu dengan kita pandai potpet potpet, bila depan orang tu tadi tak pulak dia bersuara" .
Saya ketawa.
"Kak Ida dah ajar mereka siap-siap tadi. Jika ada yang kata pakaian macam ni tak mengikut peraturan, akak suruh diorang jawab,abang ke pakcik ke, itu peraturan manusia, kami ikut peraturan Allah kena pakai menutup aurat. Bukan main dia bercakap kat bilik, depan orang tu lari menangis"
"Kak ni, budak la ..lagipun diugutnya nak repot nombor bilik.Main psiko pula.Tunggu la bila besar nanti berani lah mereka bersuara"
"Harap-harapnya lah"
Saya kagum dengan Ummi mereka, mendidik anak berani bersuara demi kebenaran.Sekecil itu, Hawa dan Raihan sudah ditarbiah.Suatu hari nanti tidak perlu lagi menangis, berlari ketakutan demi mempertahankan peraturan Yang Maha Esa.
Untuk sebuah negara yang bergelar negara Islam entah lah dimana nilai yang sepatutnya. Cuma ketika itu tidak ada alternatif yang boleh diambil pakai dan dijadikan sendal pilihan. Yang dikatakan mengikut peraturan adalah pakaian yang mendedahkan yang tidak sepatutnya.
Pandangan indah di kolam boleh menjadi tercemar lantas mengundang geram.Dilema dibuatnya. Antara pilihan ingin beriadah dan mengawasi pandangan dari pencemaran budaya luar mat-minah saleh bebas berpakaian terdedah dikolam hotel sebuah negara Islam.
Pandangan biasa, tidak ada sensitiviti langsung mahupun suara atau penguatkuasaan dari pihak yang sewajarnya. Semuanya boleh atas nama industri pelancongan. Orang tempatan akhirnya seolah-olah kena pancung, men'halal'kan mata asyik terpandang perbuatan manusia yang mancung-mancung yang bernama pelancong.
"Eh ummi, dia tak malu", anak saya pernah menegur begitu.
Masuk ke bilik hotel suatu hal yang lain, terpaksa melonggokkan segala arak dan minuman alkohol dari dalam bar ke pintu di antara dua bilik.Berlonggok lah arak-arak tersebut disitu sebelum diminta olehNadia dan Nabila yang belum mengerti apa-apa. Jenuh saya.
LEKUK BATU DITITISKAN AIR
Belasan tahun terus berlalu Hawa dan Raihan semakin meningkat dewasa. Siraman tarbiah umminya berterusan ditambah ciri-ciri kepimpinan terapan Sekolah Menengah Islam Hidayah JB,mengangkat jati diri anak anak ini menjadi cukup membanggakan.
Sebagai alumni dan menjadi penuntut IPT di Kuala Lumpur , mereka perlu berulang -alik dengan pengangkutan awam.Kisah ini dikongsikan oleh ummi mereka dalam bulatan gembira kami di Senai suatu ketika dulu.
Dalam satu perjalanan mereka ke Kuala Lumpur,waktu subuh sudah masuk dan pemandu bas masih belum menunjukkan tanda -tanda ingin berhenti. Penumpang lain lena dibuai mimpi, tidak ada seorang pun yang bersuara.Samada Hawa atau Raihan yang mula gelisah berjalan ke depan bercakap dengan pemandu.
"Bang, waktu subuh dah masuk, Abang tak berhenti ke?"
"Oh adik nak berhenti ya"
"Eh selama ni memang abang tak berhenti ke?"
"Kalau ada yang minta, kami berhenti la ,jika tak kami terus.."
""Eh tak boleh macam tu bang. Abang bawa bas penuh, kalau abang tak berhenti, satu bas orang tak solat abang yang kena tanggung dosa mereka tak solat . Jadi abang kenalah berhenti juga", bersahaja dan berani dia bersuara.
Kami yang di dalam bulatan gembira, memang terjerit kekaguman. Saya ketawa sambil mengalir airmata.
Bukannya apa. Selebihnya saya terbayang anak-anak kecil ini berlari ketakutan berpegangan tangan.
Kagum kerana masa dan suasana mampu merubah dan membentuk seseorang.
"Kak ida ingat peristiwa kolam renang belasan tahun dulu. Akak espect mereka bersuara. Nah, sekarang?"
"Akak dah hampir terlupa kisah tu". Tetapi saya masih mengingatinya hingga sekarang. Itulah antara modal saya dalam membesarkan anak-anak, juga dalam memberikan contoh dan juga tauladan. Eksklusif dari tangan-tangan yang mendidik diatas dua unsur, rohani dan jasmani
Benarlah jika diamati firman Allah ini
"Sekiranya Allah mengetahui ada kebaikan di dalam hati kamu, Allah akan menggantikan apa yang telah diambilnya dari kamu dengan sesuatu yang lebih baik"
(Al Anfal:70)
Saya melihat Hawa dan Raihan bagaikan melihat Nadia dan Nabila. Sudah pasti saya ingin melihat keberanian yang sama tumpah kepada dua sri kandi Irbid saya. Berani kerana Allah. Dalam menegur, berpandangan, ambillah jalan paling bersederhana, kerana Allah.
Rasulullah selalu berpesan malah menunjukkan sekali keadahnya yang penuh berhikmah. Mengapa kita tidak mahu mengambil iktibar. Kebaikannya, kemanisannya pasti kembali kepada kita.
Mabruk anak-anakku Hawa dan Raihan. Makcik sentiasa mengambil hikmah.
0 comments: