•06:45
Saya menjemput sahabat itu untuk ke tempat program. Sebaik sahaja dia memasuki kereta,saya perasan wajahnya kurang ceria ,tidak seperti kebiasaan.
"Kak, akak ok? Ada apa apa akak nak kongsi ?"
Sambil memandu saya saya cuba mencuri ruang,membuka hati dan bersedia menadah telinga andai kata waktu itu sesuai untuk berkongsi rasa. Bukan sehari dua dia menjadi sahabat saya . Dia selalu sudi menjadi cermin diri saya . Sebab apa? Kerana apa sahaja teguran atau pandangan yang keluar dari mulutnya memang benar benar dari hati walaupun ada ketikanya pahit untuk ditelan tetapi ibarat ubat, pasti padanya ada kuasa menyembuhkan.
Itulah keistimewaan beliau. Dirinya amat telus, keperibadiannya adakala tidak mampu difahami semua orang namun alhamdullillah saya mudah mendekatinya malah dia sudah saya anggap sebagai kakak.
"You know Sha, sometimes I got frustrated with kids now days"
Saya kira dia cuba meluahkan tentang anak anaknya
"Whats wrong with the kids, ada yang tak kena ke kak"
"Bukan apa, akak terfikir kenapa anak anak kita tidak boleh menjadi seperti kita dulu. Ibu bapa kita dulu bukan lah jenis yang faham- faham macam orang sekarang. Macam kitalah sekarang ni.
Dulu ibu bapa kita tidak pening pening nak kawal anak -anak. Kita tahu apa yang kita perlu buat, apa tanggungjawab kita sendiri. Kita mendapat kefahaman di luar dari rumah, kita ditarbiah maka kita membawa kefahaman itu kembali semula ke rumah. It's a big task tau Sha"
"Jadi kenapa dgn anak anak kita?" masih kabur .
"Akak masih ingat dengan susah payah Allah memberi kita kefahaman.
We really grab it, precious.
.Dan, kita sangat sangat berserah pada Allah. We rely on Him.
Segala -galanya kita hanya berserah dan mengharap pada Allah"
"Anak -anak kita, I mean anak anak I membesar dengan segala kefahaman, sokongan dari kita tetapi yang sedihnya dari segi tindak tanduk, kenapa mereka tidak boleh seperti kita.
They really take for granted, seolah olah tidak rasa segala -gala yang mereka terima sekarang adalah dari kurnia Allah. Kurang berharap pada Allah."
"Kak,kita tidak dapat menyelami hati dan jiwa mereka ,mungkin akak tidak menilai mereka secara adil. Namanya pun masih kanak kanak kan."
Saya mengambil jalan tengah
"They are already grown up, Sha. They should be better than us. Because we sheltered them dengan kefahaman Islam since they are babies, you see"
"Benar kak, sesuatu yang diperolehi dengan penuh kepayahan akan mematangkan.
Itu sunatullah my dear sis.
Jika akak rasa mereka tidak seperti kita dan tidak berupaya menjadi seperti kita, itu kerana laluan yang mereka tempuhi susur cabangnya mungkin sedikit berbeza.
Kita tempuhi onak dan duri,apa mungkin mereka setakat lalang dan rumput yang panjang.Jadi kesan nya tidak akan pernah sama dan serupa"
"Pada saya, Allah hendak menghadiahkan pahala lebih kepada kita.
Anak -anak kita perlukan tangan-tangan kita, kak. Kita lah yang sepatutnya menggenggam tangan mereka , memimpin mereka.
Agaknya kita yang harus menjadi jambatan menyambungkan jiwa mereka kepada Allah. Kita lah jambatan itu kak....If I'm not wrong"
"I believe that's the point.. from my point of view"
"Semalam akak terbaca coretan daripada salah seorang anak akak. Seperti tulisan untuk meluahkan"
"Apa yang menariknya tu"
"Bukan menarik, yang menyedihkan adalah. Dia tulis kami, ummi dan ayahnya tidak faham perasaan dia. Dia persoalkan kenapa dia tidak mendapat keluarga yang benar -benar memahami dirinya. Seolah -olah kami tidak peduli jika dia gembira ataupun sedih. I feel bad Sha.
Ke akak dan suami yang gagal membesarkan mereka. After all we did to make them understand"
Rupas-rupanya itu punca kesedihan sahabat saya itu. Saya turut sama merasai tempias kekecewaan itu
"Perasaan dia bersifat sementara tu, remajakan."
Selebihnya dari hati dan sanubari saya apa yang mampu saya luahkan adalah
Kasih sayang itu ibarat bayi yang dilahirkan . Ia tidak mengenali dunia tetapi bersama dunia ia membesar ,dewasa, sehinggalah pada suatu saat dan ketika ia akan benar-benar memahami erti kasih dan sayang seorang ibu.
Masanya akan tiba...